10 April 2011

New post..silalah baca yeee..

actually aku tak tahu nak letak tajuk apa so aku taruk la "New Post..Silalah Baca Yeee.." hahaha.. seriously no offense. dah penuh dengan segala rumput rampai dah blog aku nih.. uihh.. ulaq pon ada.. masyarakatttt.. dah lama tak menebas la katakan.. tapi apa pon aku nak ucapkan selamat datang ke blog aku.. ahlan wa sahlan.. welcome.. 


dah lama aku tak story kat sini. banyak benda sebenaqnya yang aku buat dalam hidup aku sepanjang aku tak menge"post" tapi nak cita pon banyak sangat so can't we just go with the current issue please.. hehehe(speaking le gamoknye ye..jangan marah ye yob)


post aku kali ni adalah respons kepada post yang satu lagi iaitu post yang telah dipost oleh seseorang yang mana dalam post dia tu, dia telah memasukkan aku dalam post dia tuh (saja ja tulis "post" banyak kali nak bagi hampa pening, aku yang tulis ni pon pening jugak). post tu cerita pasal dua orang lelaki yang mana laki pertama ialah Mr. A manakala laki yang kedua plak adalah Mr. K. Klik kat sini untuk ke Post tuh


so kat sini aku ada satu pengakuan yang nak dibuat. sebenarnya...........(scroll down bawah)


=



=



=



=



=



=



=



=



=



=



=



=



=



bawah lagi



=



=



=



=



=



=



=



=



=



=



=



=



=



=



=



=



=



=



=



=



=



=



=



=



bawah lagi daaaa....



=



=



=



=



=



=



=



=



=



============



akulah Mr. K...hahahaha.. amacam aku punya pengakuan.. mesti ampa semua saspen kan kan kan.. tak pa tak pa.. aku paham.. memang selalu tengok respons terkujat macam tuh.. anyway thanks sebab sudi lepak ngan buang masa kat blog aku yang buruk+tak best nih.


to Mr. A, sapa suruh hang tak jaga Hana elok-elok.. tengok apa dah jadi. try to be a real man next time okeh..

cubalah untuk kita jaga sesuatu hubungan tu supaya ianya jadi lebih best dari masa ke semasa. cubalah bahagiakan pasangan kita. banyak cara untuk kita gembirakan pasangan kita, tak semestinya kita lobi dia dengan material, duit (cakap orang tak dak duit cam ni lah..hehehe) tapi kita boleh tunjuk kat dia yang kita ni sayang kat dia, kisah pasal dia, risau apa-apa jadi kat dia tapi jangan la "control" atau kongkong sangat hubungan tu sampai tak dak ruang kebebasan untuk dia dan jugak diri kita sendiri.


aku ni bukannya banyak duit sangat pon. sedar diri yang aku tak dapat nak bagi kemewahan pada pasangan dan aku tak pernah halang pasangan aku kalau dia nak pergi dekat lelaki yang lebih berjaya dan berduit sebab dia ada hak untuk hidup senang. aku ni student nurse ja. abih-abih tak dak pon lepas aku qualified aku jadi staff nurse. memang la aku jadi staff nurse, takkan aku jadi juru x-ray plak dah nama pon student nurse. betoi dak. so renung-renungkanlah apa yang aku cakap ni dan cuba praktikkan. huhuhu.

pssttt... jadi nurse ni macam-macam taik dah jumpa. takat taik burung tu apa la sangat. kalau taik gajah memang aku lari dulu lah..hahahaha

20 March 2011

Damailah kamu kat sana..Wan

pukul 1026 tadi aku dapat shocking news. mama normah(mak ngah aku) called tanya aku nak balik Kedah dak..dengaq memang macam best tapi esok aku ada exam tak boleh la nak ikot. kan best kalau tak exam esok. pastu aku tanya la depa nak balik wat apa then dia cakap tok wan aku dah tak dak dah..

what??????..Tok Mat dah meninggal?.. time tu aku dah rasa len macam. awat tak dak sapa pon dari family aku yang call aku bagitau benda ni..pasaipa aku tau benda ni dari mak ngah aku.. mak ngah sebelah mak plak tu.. tok wan yang meninggal ni sebelah abah aku.. terus aku call mak nak dapatkan kepastian. tak angkatlah pulak. aku call abah aku, adik aku yang jawab. dia cakap abah aku tengah setelkan urusan tok wan aku. terus aku cakap dengan mak aku. aku tanya dia awat tak angkat tepon, alasan yang sama tiap kali aku tepon dia tak angkat, "tak dengaq bunyi tepon". dah agak dah.

pagi tadi lepas aku balik dari qiamullail (bek kan aku..hahaha..aku pon tak tau tok sheikh mana yang masok badan aku ni), aku call mak aku 3 kali sebab nak bagitau dia esok aku exam. nak amik berkat la sebab setiap kali nak exam memang aku inform dia. i bet suma student akan wat cam tu kecuali anak yatim piatu la, depa tak call parents depa call penjaga. dah bila tak angkat tu tak pa la.. satni tepon len lah.. rasanya pi bergosip la tu mak aku tuh.. rupanya tok wan aku dah tak dak..

bila dapat shocking news tu aku try la call Puan Rohaya, our class moderator. nak tanya la kot-kot dia nak bagi aku exception tak yah masok exam untuk aku balik kampung tengok wan aku for the very last time. pon tak angkat!!! aduhhh.. pi mana ja la hampa nih.. time tu aku dah redha dah kalau aku tak boleh balik pun sebab jauh kot Kedah.. untuk aku sampai  KL sebelum exam esok bukanlah satu yang mustahil untuk aku tapi lebih suka untuk tidak ambik risiko. balik dalam keadaan kelam kabut risiko untuk "apa-apa pon boleh jadi" lebih tinggi.

so aku amik keputusan stay dekat KL walaupon aku agak sebak sebab tak dapat balik jenguk wan untuk kali terakhir.. hemmm.. pukul 1341 tadi Puan Rohaya call aku balik tanya macam mana. aku cakap la aku tak jadi balik.. tup-tup Hana(bukan Hana Tajima) call aku cakap to'ki dia pon dah meninggal ari ni.. macam berjanji pulak dua orang ni. hemm.. apa-apa pun yang jadi, to Hana(bukan Hana Tajima) sabaq banyak-banyak. ni suma dugaan untuk kita okay. be strong. we face this together. aminn

19 March 2011

Layan lagi..


Dari pandangan aku
masih kita usaha
berpaut dengan rantai rasa cinta
Ku tak mahu binasa
biar kita selalu
berpaut dengan rantai rasa cinta….
Usah kau cuba lari-lari
usah kau lari ku bahagia
Usah kau cuba tuk menangis
usah kau nangis ku bahagia..
kau pasti menungguku..
ku juga begitu..
berpaut dengan rantai rasa cinta..
Usah kau cuba lari-lari
usah kau lari ku bahagia
Usah kau cuba tuk menangis
usah kau nangis ku bahagia..

memang layan lagu nih..dengaq sebelom tidoq memang masyukkk..

p/s: lirik lagu ni aku terpaksa terbalikkan sebab video ni Noh nyanyi terbalik..untuk versi yang betul klik kat sini ("_,)

12 March 2011

Keluaq mulut Naga, masuk mulut Boya

aduuuuhhhh......
hemmmm........
huuuuuu.........
haiishhhhhh....
memang nak mengeluh sakan la gamaknya.. tapi bila pikiaq balik lawak pun ada. dayyummmn!


baru ja dok kata nak berehat lepas setahun pegang jawatan, dah kena jadi benda lain pulak dah. dah nasib badan, terima ja la dengan redha. hampa pun tau kan yang aku baru letak jawatan daripada jadi Presiden. tup tup aku kena jadi ketua kelas pulak dah sebab our ex-class representative jadi exco MPP pulak dah. to Mr. Chiqieznu, thank you very much for making my life became miserable after I got out from another miserable problem. i like it so much ^-^.


mesti ampa agak lepas jadi Presiden mesti tak dak hal lah nak jadi ketua kelas pulak. no way. aku dah cakap kan. I'm not born to be a leader dan aku tak pandai dalam hal-hal nih. so jangan marah aku nanti kalau aku tak pandai buat kerja okay. jangan hampa nak kutuk-kutuk aku, kondem-kondem aku pulak nanti. aku akan cuba jadi ketua kelas yang baik dan buat kerja walaupun aku ni jenis pemalas sikit dan aku mintak maap la yee kalau ada certain things tu aku terlupa hehehe..


p/s: hope masa cepat berlalu and wash away those things yang menyerabaikan kepala hotak aku. peace no war ("_,)

06 March 2011

Aku sudah bebas bahhh...

Bismillah..
1st sekali aku nak ucapkan syukur Alhamdulillah dekat Allah sebab Dia dah bagi aku masa setahun untuk rasa macam mana jadi seorang Presiden dan aku mengaku kalau hampa semua kata aku tak pandai buat kerja dan aku jugak mengaku kalau hampa kata aku tak reti guna kuasa yang aku ada.


memang...memang aku tak pandai dalam bab leadership because i'm not born to be a college's presiden dan aku jugak tak dak baju yang printed "10 things I love about leadership" macam yang aku pernah tengok salah seorang kawan aku pakai tapi aku jugak nak mengaku yang he sucks hahahaha.


peluang tu dah bolehkan aku tau sikit sebanyak untuk menjadi seorang ketua and something very basic to be a leader ialah tak boleh lembut hati!!!. sebab apa? sebab nanti orang tak kan dengaq cakap hampa dan aku mengaku aku memang sangat tidak garang. kepada semua AJK PUSNA 2010/2011, aku nak ucap trimas banyak-banyak sebab jadi AJK yang sangat happening sampai kadang-kadang aku pon pening.


dekat Aiman, ShireenAreena, Nina, Ama, Basya, Yibbit, Hafiz, Wan, Fahrin, Maryamul, Shariaraz, Shazwani, Yun, Nitra, Zaharah, you all memang sempoi. tak lupa dekat Miss Hana Loveseed yang memang banyak support aku. I love U lah and u all love jugak.


dekat Mak Ayah aku pon tak lupa jugak sebab depa yang banyak support kewangan aku time aku jadi presiden sebab memang banyak benda perlukan duit zaman sekarang ni. ("_,)




muka-muka PUSNA tengah bergambar ngan Cik Zam(mantan pengetua kolej). ada lagi muka yang tak dak ni. gemuk kiri sekali tu bukan AJK pon. nyibok ja nak ikot sebab nak tgk junior baru. miang.
p/s: serius jadi Presiden tak best dan good luck dekat Abe Min sebab dah jadi presiden baru.

03 March 2011

Orang gila simbah asid!!

yang ni memang aku tak puas hati gila babeng. tajuk kat atas tu ampa dah boleh agak dah kan apa yang dah jadi tapi bukan aku yang kena. kawan sekelas aku! pompuan plak tuh! aku tak dak kat situ tapi apa yang aku dengar ni memang yang original story direct told by witness merangkap budak kelas aku jugak yang memang ada sekali dengan mangsa time tuh.


cerita dia macam ni, budak-budak pompuan kelas aku ni memang suka pi joging kat tasik titiwangsa time petang lepas balik dari kelas. lagipon "hostel" kami memang dekat dengan tasik titiwangsa. ada la dalam 6-7 orang yang pi berjalan kaki ja ke tasik tuh. on the way nak p ke sana, maybe wrong time and wrong date, tetiba  ntah dari mana mai sekor mamat ni, nek moto laju terus simbah asid dekat depa pastu terus blah laju-laju. just who the hell that fucking retard bastard yang memang tak dak sivik+bangang nak mampoih+celaka tuh. apa motif dia?


part yang bestnya, dalam ramai-ramai kawan yang dekat situ, sorang pon tak tengok nombor plat motor sebab masing-masing dok kalut dengan member aku yang terkena asid tuh. nasib baik ada auntie kt situ tengah siram pokok bunga. depa pon mintak tolong auntie tu siramkan air kat tempat yang terkena asid untuk langkah awal nak elak luka jadi lagi teruk. then depa call ambulans mai amik bebudak yang kena asid.


masa tu aku tengah main bola dengan budak-budak laki kelas aku. waktu balik baru aku check handphone and aku perasan ada sms Hana bagitau yang miza, yana, dengan mau kena simbah dengan asid. aku pon siap-siap la nak pi hospital tengok depa. masa aku sampai kt HKL, depa dalam bilik treatment zon kuning dan tak dak orang boleh masuk tengok. ramai jugak la kawan-kawan yang lain mai nak bagi moral support kat mangsa tapi suma pakat dok melangut kat luaq sebab tak leh masok dalam. lepas tunggu lama sikit depa cakap condition bebudak yang kena tu dah ok sikit sebab dah mandi ngan dah cuci luka pa suma tu tapi tak leh discharge lagi sebab kena tunggu team surgikal inspect depa dulu. miza paling kesian sekali sebab asid tu kena kat mata dia tapi alhamdulillah, tak dak apa-apa yang teruk jadi. mata dia pon ok. siap boleh angkat peace lagi masa tangkap gambaq.


report polis pon dah dibuat tapi agak tak lengkap la sebab tak dak sapa yang nampak no plat tu kan. rupa-rupanya memang banyak kes simbah asid sejak kebelakangan ni. dekat brickfields pon ada kes. dekat bangsar cikgu sekolah kena. memang sial betoi la orang yang wat keja jahanam ni. lembu pon xbuat la kerja-kerja cilanat cam ni. huh!!!


apa-apa pun aku doakan miza, yana dengan mau cepat sembuh. sama-sama la kita doa supaya Allah tunjuk dekat orang yang tak dak hati perut tu hidayah dan petunjuk. walaupun berlainan BANGSA. aku tak mau cakap la binatang tu bangsa apa sebab aku ni bukan racist tapi bila dah jadi macam ni, aku agak bengang jugak la sebab bebudak pompuan tu dah la innocent. tak ke bengang deme tu bila jadi cam ni. aku respect la kat depa sebab even benda dah jadi teruk  cam ni pon depa still boleh positive thinking. salute ahh..


ni dia gambaq bebudak tu yang sempat lagi dok posing maut,,,,


mau yang control ayu time pak polisi tangkap gambaq bukti

yeahhh!!!! peace miza..peace hahaha


tengok tuh..sempat lagi dia nih..pantang tengok kamera even time sakit pon

hahaha..yang ni kena censor skit sebab tuan punya badan malu-malu rimau xpakai tudung

p/s: kalau aku dapat mamat yang wat keja ni, memang aku bogelkan dia pastu ikat kaki dia kat lori then seret kat bulatan pahang 40 kali. pastu tuang asid kat luka dengan tutttt dia. baru dia tau.

28 February 2011

Atie the Peot Girl

salam allz..hahaha. tiru ayat Hanisah a.k.a Qasieyeh Anniyes. tah betoi tah tidak aku eja nama samaran dia tuh. punya la susah macam nama orang Nigeria. nama orang Nigeria senang skit nak sebut.


dulu aku ada post satu entry pasal kawan aku Atie Peot kan. kawan yang aku cakap dah macam adik beradik aku sendiri. yang banyak kenangan pasal kami dua. kali ni aku nak tunjuk kat hampa orangnya. hahaha. yang baguihnya dia ni, kalo aku p umah dia mesti aku kenyang. haaaa...part tu yang best tu. so tak mau cakap banyak, ni dia Nur Fathiah Izzatie


Minah Rempit yang kamikaze


Peot dengan muka poyo

The Peot laki bini yang dah nak kawin bulan 5 ni insyaAllah

dah jadi bibik bukak pusat asuhan kanak-kanak

baju tupai terbang..ni kalau terjatuh dari kapal terbang confirm survive nih

yang sempoi pasai dia ni, kalau dia bawak motor, perghhh... memang laju. ampa cuba bayang naik motor dari jitra ke penang usually take time about 2 1/2-3 hours tapi dia bawak motor dari jitra pi penang, 2 jam or less than that!! hang tak gila ka. berenti pon time isi minyak pastu pecut balik. naik motor smash revo ja pun. full throttle kot minah ni hahaha. papa pun memang best la atie nih. tapi dia ni just bespren aku. yang gila-gila. memang gila pala

Speechless!!!

Bismillahirrahmanirrahim

saya..pemegang mohor besar raja-raja melayu..dengan ini..mengishytiharkan bahawa.....

apa yang aku merepek nih. lain yang nak cerita lain plak yang ditaip. pertama sekali aku nak interpretasikan speechless kat atas tuh. bukannya speechless apa pun tapi aku agak terkejut dengan respon mak aku bila aku cerita pasal mak we aku kat dia masa dalam fon tadi. tak pernah aku dengaq suara mak aku excited nak tau pasai bakal menantu dia tuh (insyaAllah). hahaha lawak la mak nih. dulu bukan main lagi marah kalau aku kapel. la ni dah macam tumpang hepi plak bila aku bahagia dengan mak we aku tapi mak mana yang tak suka bila anak dia hepi kan.

alkisah dia macam ni la. aku call  mak aku nak tanya khabar dia. lagipun aku nak bagitau jugak yang aku ada exam esok. nak la dia doakan aku sebab doa mak ni kan mustajab. lepas tu aku pon cerita la kat mak aku yang aku keluaq ngan Hana pi Pahang sekali dengan Kak Ngah ari sabtu lepas. yang bestnya dia pulak yang beria-ia nak jumpa ngan Hana lepas ni. aku berani bet la,, malam ni dia mesti call Kak Ngah. nak bergosip pasal aku la tuh. hahaha. tapi cek ingat pesan mak, "lagi hang dengan dia tak qeja, jangan dok gatai nak menikah naa". orait madam. (-,-)V

26/02/2011

National Elephant Conservation Centre + Deerland, Kuala Gandah, Lanchang, Pahang
korok mung..ehh korok gajoh









Merak jantan lagi cantik dari merak betina tau



Jemie..anak Kak ngah

ulaq ni senyap ja time aku pegang dia



patah pinggang gajah


laki bini yang happening
Kak ngah ngan bakal adik sepupu ipaq

memang best gila hari tuh..puas hati walaupun penat seharian berjalan. thanks to Abg Baha ngan Kak ngah ina...

20 February 2011

For U....

I will never regret that i meeted you
I will never regret that i talked with you
I will never regret that i liked you
I will never regret that i loved you
I will never regret that i saw you when i was sad
I will never regret that i heard you when i was mad
I will never regret that i was telling you love words
I will never regret that i was singing for you
I will never regret that i was giving you my heart
I will never regret even you broke it apart
I will never regret that i was giving you my soul
I will never regret that u were for me all
I will never regret that i was giving you my life
I will never regret that u were my reason to keep me alive
I will never regret what happened between us
I hope that you will never regret that we loved each other
Maybe my life will be finish,pls dont forget my love
That you will be always in my mind,even if i will be in a tumb.



p/s: entry ni adalah respons kepada entry Miss Loveseed. copy balik ja pon..hihihi.. jangan marah naaa

Bingkisan cinta buat bakal Isteriku

"wahai isterku,
izinkanlah bakal suamimu ini menyampaikan sedikit kata-kata yang mugkin berguna untuk kita melayari kehidupan rumah tangga kelak.


isteriku,
jadilah isteri yang taat. jagalah kehormatanmu sebagai seorang isteri ke mana sahaja kakimu melangkah. janganlah sesekali membelakangiku dalam membuat keputusan, kerana kita bakal berkongsi kehidupan yang sama. taatlah padaku selagi aku tidak membawa dirimu ke arah kesesatan dan kekufuran.


isteriku,
apa yang ada pada diriku hari ini, terimalah seadanya. aku juga akan menerima dirimu walaupun mungkin ada kecacatan, kerana aku sedar, kita sebagai manusia tiada yang sempurna. andai suatu hari nanti aku ditimpa kesusahan, bersiap sedialah untuk sentiasa di sisiku kerana dirimu amat kuperlukan. dalam sakit, susah dan senang, biar kita hadapinya bersama. perkahwinan ini ku harap akan membawa kita bertemu Yang Maha Pencipta di sana. kau isteriku dunia dan akhirat. semoga Allah merahmati kehidupan kita yang baru bermula ini."


~20/02/2011~

16 February 2011

Semester 6!!!!

hari ni 1st day ada kelas untuk semester 6. memang semangat la bangun pagi tadi. aku orang nombor 2 mandi lepas Mat. hahaha. selalu nombor 3. pakai uniform apa suma dah smart.lepas semayang subuh aku pun kluaq dari rumah. langkah pon bertenaga ja. aku tak tau tok sheikh mana yang dah masuk dalam badan aku ni sampai aku pun rasa pelik pagi tadi. selalu nak bangun pagi susah ja. paling awal aku bangun nak pi kelas pon pukul 6 suku. ari ni pukul 6 pagi aku dah bangun dah. awai 15 minit ja pun. ari nak exam len la special case. kalau rajin bangun awai study. kelas pertama dengan puan Rahimah, Central Nervous System. kelas kedua dengan puan Azura pulak, Endokrin System. pastu rehat la. masuk ja kelas ketiga pukul 2 suku dengan puan Aida, Obstetrics & Gynae, 10 minit ja. pas tu mata aku dah berat. nahhh..why this happen to me? mana semangat pagi tadi? entah apa punya term dia guna suma aku tak paham. aku tahan jugak mata aku sebab tak mau tidoq dalam kelas. lepas puan cakap itu aja untuk hari ni, terus kepala aku lentok kat meja. hahahaha. hangat-hangat taik ayam ja. mintak-mintak lepas ni dah tak mengantuk dah. aku nak fokus kot. dah sem 6. aku tak mau main-main.

Menghitung Hari..

tinggal berapa hari aja lagi aku nak habiskan sisa hidup aku sebagai seorang Presiden persatuan pelajar kat Picoms nih. minggu depan dah election, lepas tuh aku boleh bebas. let the curse continue by someone else la pulak hahahahaha. macam teruk sangat jadi Presiden nih. aku dah penat lah. bagi la chance aku nak berehat. lagipun dah genap setahun aku pegang jawatan ni.


bila aku tengok nama-nama calon yang baru ni, aku bangga. memang ada ramai calon yang sangat strong character dengan dedicated person. tak macam time aku dulu. ntah macam mana aku boleh terpilih jadi calon. bertanding tup-tup menang terus jadi presiden. agak terkejut beruk la jugak. terketar-ketar aku pegang mikrofon time nk bagi ucapan masa menang election tuh. ntah macam mana aku boleh tersebut perkataan "shocked". semua orang gelakkan aku. depa kata aku syok menang election. gila ka apa. aku kata SHOCK!!! la. terkejut bukan suka. memandai ja hampa kata aku syok nohh.


apa pun gud luck la kat nama-nama yang tercalon. buat lah kerja sebaik dan seikhlas mungkin. yang penting sekali jangan merungut. kalau nak mintak tolong apa cakap ja. bekas AJK PUSNA ready ja nak bantu mana yang mampu. jangan mintak bantuan duit dah la sebab kami pun tak berwang sangat. hihi. sekian


p/s: dah ada presiden dengan AJK MT nanti aku post lagi. teringin pulak aku nak letak carta organisasi PUSNA 2010/2011 dalam blog nih. insyaAllah la yeee. babai ("_,)

14 February 2011

jeng..jeng..jeng

akhirnya aku kembali lepas lama diam..bukan sibuk ka apa ka cuma tak tau nak post apa kat blog nih..tak da cita yang best ntok aku story kt ampa..cuma sejak 2 3 ari ni aku tengok makin rancak pulak orang sekeliling aku sibuk meng'update' blog masing-masing so aku pun terasa nak wat karangan la jugak..hahaha

la ni aku dok pening kepala sebab pikiaq nak kena repeat 1 paper penting..Medikal Surgikal 2 sub topic Gastro Intestinal Tract, Haemopoitic, Cardiovascular..dua sub topic last tuh memang jadi topik "kegemaran" aku sebab lecturer kedua-dua topik ni pon mmg agak "favourite" tutor..hahaha..ampa paham la kot maksud tersiratnya yeee..sorang dah tak dak kat kolej aku sebab pindah ke kolej lain..nak cari pengalaman baru katanya..katanya laa..masalah lain aku tak tau laaa...aku malas nak cerita lebih..kang kalau cerita lebih keluar pulak lagu "Cinta Kristal".

satu lagi yang aku nk bagitau yang time ni aku rasa sangat-sangat bahagia.."dia" pon selalu ada kat sisi aku walaupon kadang-kadang tuh ada la kami berbalah tapi aku dapat rasakan yang hubungan kami ni semakin hari semakin rapat..semakin hangat bak kata orang bercinta..hahaha..thanks yaa my Miss Loveseed for everything u've done to me..i really appreciate u and love u lah..

apa-apa pon aku akan cuba untuk update blog aku ni sekerap yang mungkin kalau ada tak hal yang menghalang..tak dak aral melintang..insyaAllah..

Sifat wanita yang disukai oleh lelaki

Keibuan
Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan yakni lemah lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yang keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika tengah2 stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Nanti jadi kes buang anak lagi sal mahu tonjolkan sifat keibuan kunu. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing2.
Keanak-anakkan
Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Sudah tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yang membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah malah lebih senang. Lelaki mana tidak senang jika terhibur dengan gaya wanita yang manja mengharapkan perhatian, bukan manja yang gedik, hoho~
Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yg tepat utk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yg berpengertian tidak terus mengeluarkan kata2 yg kasar atau menuduh bukan2 dan membuat keputusan terus-menerus tanpa berfikir sebaliknya cuba mengerti dan berbincang dengan penuh hikmah pokok pangkal persoalannya.
Menghargai
Wanita yang tahu menghargai lelaki merupakan wanita idaman setiap lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki pula suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga biarpun hakikat hanya untuk mata si wanita itu sahaja, gaga~.
Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia  mudah senyum,  meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yang menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yg tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??
Pandai berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik yang disukai berbeza, tetapi wanita tersebut dapat mengimbanginya dengan baik. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan memberi pendapat yang bernas. Dia juga dapat menjadi pendengar yang baik, serta bijak mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang menarik. Selain itu, lelaki mudah tertarik dengan wanita yang pandai bergurau dan pandai berjenaka serta dapat menerima juga jenaka lelaki dan berfikiran terbuka.
Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.
Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yang susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Sifat ini juga menyerlahkan lagi kewanitaannya dan bagi lelaki2 yang melihatnya pasti sejuk hatinya.
Pasti banyak lagi sikap-sikap wanita yang disukai oleh lelaki. Ini cuma sebahagian sahaja. Seperti yang utama lah kononnya, hehe. Anyway, ini bukan berdasarkan sikap yang disukai oleh gue, yang penting, memang kebanyakkan lelaki mengingini sikap sebegini rupa. So, para wanita? Well, well wishing well, anda tahu selebihnya tentang dirimu

01 January 2011

terima kasih Atie Peot

sahabatku..kawanku..temanku..macam-macam yang dah kita lalui sama-sama..memang hang la kawan yang paling aku sayang..thanks 4 everything my dear friend..u r the best ever..aku tak sangka tepat pukul 12 tengah malam A.K.A 0000 a.m 27/12/2010 hang dah surprise kan aku..kek yang hang memang dah tau kegemaran aku..Chocolate Moist tuh..aku tak sangka demam pon hang sanggup buatkan aku kek tuh..memang respek..pastu hang nyanyi pulak kat aku..hahaha..blushing wooo..apa-apa pon aku memang sayang kat hang..moga-moga apa yang hang cerita kat aku ari tuh..apa yang akan jadi bulan 5 ni akan jadi kenyataan..aku dah tak sabaq ni..aku tumpang gembira..u smile i smile..TQ Nur Fathiah Izzati