28 February 2011

Atie the Peot Girl

salam allz..hahaha. tiru ayat Hanisah a.k.a Qasieyeh Anniyes. tah betoi tah tidak aku eja nama samaran dia tuh. punya la susah macam nama orang Nigeria. nama orang Nigeria senang skit nak sebut.


dulu aku ada post satu entry pasal kawan aku Atie Peot kan. kawan yang aku cakap dah macam adik beradik aku sendiri. yang banyak kenangan pasal kami dua. kali ni aku nak tunjuk kat hampa orangnya. hahaha. yang baguihnya dia ni, kalo aku p umah dia mesti aku kenyang. haaaa...part tu yang best tu. so tak mau cakap banyak, ni dia Nur Fathiah Izzatie


Minah Rempit yang kamikaze


Peot dengan muka poyo

The Peot laki bini yang dah nak kawin bulan 5 ni insyaAllah

dah jadi bibik bukak pusat asuhan kanak-kanak

baju tupai terbang..ni kalau terjatuh dari kapal terbang confirm survive nih

yang sempoi pasai dia ni, kalau dia bawak motor, perghhh... memang laju. ampa cuba bayang naik motor dari jitra ke penang usually take time about 2 1/2-3 hours tapi dia bawak motor dari jitra pi penang, 2 jam or less than that!! hang tak gila ka. berenti pon time isi minyak pastu pecut balik. naik motor smash revo ja pun. full throttle kot minah ni hahaha. papa pun memang best la atie nih. tapi dia ni just bespren aku. yang gila-gila. memang gila pala

Speechless!!!

Bismillahirrahmanirrahim

saya..pemegang mohor besar raja-raja melayu..dengan ini..mengishytiharkan bahawa.....

apa yang aku merepek nih. lain yang nak cerita lain plak yang ditaip. pertama sekali aku nak interpretasikan speechless kat atas tuh. bukannya speechless apa pun tapi aku agak terkejut dengan respon mak aku bila aku cerita pasal mak we aku kat dia masa dalam fon tadi. tak pernah aku dengaq suara mak aku excited nak tau pasai bakal menantu dia tuh (insyaAllah). hahaha lawak la mak nih. dulu bukan main lagi marah kalau aku kapel. la ni dah macam tumpang hepi plak bila aku bahagia dengan mak we aku tapi mak mana yang tak suka bila anak dia hepi kan.

alkisah dia macam ni la. aku call  mak aku nak tanya khabar dia. lagipun aku nak bagitau jugak yang aku ada exam esok. nak la dia doakan aku sebab doa mak ni kan mustajab. lepas tu aku pon cerita la kat mak aku yang aku keluaq ngan Hana pi Pahang sekali dengan Kak Ngah ari sabtu lepas. yang bestnya dia pulak yang beria-ia nak jumpa ngan Hana lepas ni. aku berani bet la,, malam ni dia mesti call Kak Ngah. nak bergosip pasal aku la tuh. hahaha. tapi cek ingat pesan mak, "lagi hang dengan dia tak qeja, jangan dok gatai nak menikah naa". orait madam. (-,-)V

26/02/2011

National Elephant Conservation Centre + Deerland, Kuala Gandah, Lanchang, Pahang
korok mung..ehh korok gajoh









Merak jantan lagi cantik dari merak betina tau



Jemie..anak Kak ngah

ulaq ni senyap ja time aku pegang dia



patah pinggang gajah


laki bini yang happening
Kak ngah ngan bakal adik sepupu ipaq

memang best gila hari tuh..puas hati walaupun penat seharian berjalan. thanks to Abg Baha ngan Kak ngah ina...

20 February 2011

For U....

I will never regret that i meeted you
I will never regret that i talked with you
I will never regret that i liked you
I will never regret that i loved you
I will never regret that i saw you when i was sad
I will never regret that i heard you when i was mad
I will never regret that i was telling you love words
I will never regret that i was singing for you
I will never regret that i was giving you my heart
I will never regret even you broke it apart
I will never regret that i was giving you my soul
I will never regret that u were for me all
I will never regret that i was giving you my life
I will never regret that u were my reason to keep me alive
I will never regret what happened between us
I hope that you will never regret that we loved each other
Maybe my life will be finish,pls dont forget my love
That you will be always in my mind,even if i will be in a tumb.



p/s: entry ni adalah respons kepada entry Miss Loveseed. copy balik ja pon..hihihi.. jangan marah naaa

Bingkisan cinta buat bakal Isteriku

"wahai isterku,
izinkanlah bakal suamimu ini menyampaikan sedikit kata-kata yang mugkin berguna untuk kita melayari kehidupan rumah tangga kelak.


isteriku,
jadilah isteri yang taat. jagalah kehormatanmu sebagai seorang isteri ke mana sahaja kakimu melangkah. janganlah sesekali membelakangiku dalam membuat keputusan, kerana kita bakal berkongsi kehidupan yang sama. taatlah padaku selagi aku tidak membawa dirimu ke arah kesesatan dan kekufuran.


isteriku,
apa yang ada pada diriku hari ini, terimalah seadanya. aku juga akan menerima dirimu walaupun mungkin ada kecacatan, kerana aku sedar, kita sebagai manusia tiada yang sempurna. andai suatu hari nanti aku ditimpa kesusahan, bersiap sedialah untuk sentiasa di sisiku kerana dirimu amat kuperlukan. dalam sakit, susah dan senang, biar kita hadapinya bersama. perkahwinan ini ku harap akan membawa kita bertemu Yang Maha Pencipta di sana. kau isteriku dunia dan akhirat. semoga Allah merahmati kehidupan kita yang baru bermula ini."


~20/02/2011~

16 February 2011

Semester 6!!!!

hari ni 1st day ada kelas untuk semester 6. memang semangat la bangun pagi tadi. aku orang nombor 2 mandi lepas Mat. hahaha. selalu nombor 3. pakai uniform apa suma dah smart.lepas semayang subuh aku pun kluaq dari rumah. langkah pon bertenaga ja. aku tak tau tok sheikh mana yang dah masuk dalam badan aku ni sampai aku pun rasa pelik pagi tadi. selalu nak bangun pagi susah ja. paling awal aku bangun nak pi kelas pon pukul 6 suku. ari ni pukul 6 pagi aku dah bangun dah. awai 15 minit ja pun. ari nak exam len la special case. kalau rajin bangun awai study. kelas pertama dengan puan Rahimah, Central Nervous System. kelas kedua dengan puan Azura pulak, Endokrin System. pastu rehat la. masuk ja kelas ketiga pukul 2 suku dengan puan Aida, Obstetrics & Gynae, 10 minit ja. pas tu mata aku dah berat. nahhh..why this happen to me? mana semangat pagi tadi? entah apa punya term dia guna suma aku tak paham. aku tahan jugak mata aku sebab tak mau tidoq dalam kelas. lepas puan cakap itu aja untuk hari ni, terus kepala aku lentok kat meja. hahahaha. hangat-hangat taik ayam ja. mintak-mintak lepas ni dah tak mengantuk dah. aku nak fokus kot. dah sem 6. aku tak mau main-main.

Menghitung Hari..

tinggal berapa hari aja lagi aku nak habiskan sisa hidup aku sebagai seorang Presiden persatuan pelajar kat Picoms nih. minggu depan dah election, lepas tuh aku boleh bebas. let the curse continue by someone else la pulak hahahahaha. macam teruk sangat jadi Presiden nih. aku dah penat lah. bagi la chance aku nak berehat. lagipun dah genap setahun aku pegang jawatan ni.


bila aku tengok nama-nama calon yang baru ni, aku bangga. memang ada ramai calon yang sangat strong character dengan dedicated person. tak macam time aku dulu. ntah macam mana aku boleh terpilih jadi calon. bertanding tup-tup menang terus jadi presiden. agak terkejut beruk la jugak. terketar-ketar aku pegang mikrofon time nk bagi ucapan masa menang election tuh. ntah macam mana aku boleh tersebut perkataan "shocked". semua orang gelakkan aku. depa kata aku syok menang election. gila ka apa. aku kata SHOCK!!! la. terkejut bukan suka. memandai ja hampa kata aku syok nohh.


apa pun gud luck la kat nama-nama yang tercalon. buat lah kerja sebaik dan seikhlas mungkin. yang penting sekali jangan merungut. kalau nak mintak tolong apa cakap ja. bekas AJK PUSNA ready ja nak bantu mana yang mampu. jangan mintak bantuan duit dah la sebab kami pun tak berwang sangat. hihi. sekian


p/s: dah ada presiden dengan AJK MT nanti aku post lagi. teringin pulak aku nak letak carta organisasi PUSNA 2010/2011 dalam blog nih. insyaAllah la yeee. babai ("_,)

14 February 2011

jeng..jeng..jeng

akhirnya aku kembali lepas lama diam..bukan sibuk ka apa ka cuma tak tau nak post apa kat blog nih..tak da cita yang best ntok aku story kt ampa..cuma sejak 2 3 ari ni aku tengok makin rancak pulak orang sekeliling aku sibuk meng'update' blog masing-masing so aku pun terasa nak wat karangan la jugak..hahaha

la ni aku dok pening kepala sebab pikiaq nak kena repeat 1 paper penting..Medikal Surgikal 2 sub topic Gastro Intestinal Tract, Haemopoitic, Cardiovascular..dua sub topic last tuh memang jadi topik "kegemaran" aku sebab lecturer kedua-dua topik ni pon mmg agak "favourite" tutor..hahaha..ampa paham la kot maksud tersiratnya yeee..sorang dah tak dak kat kolej aku sebab pindah ke kolej lain..nak cari pengalaman baru katanya..katanya laa..masalah lain aku tak tau laaa...aku malas nak cerita lebih..kang kalau cerita lebih keluar pulak lagu "Cinta Kristal".

satu lagi yang aku nk bagitau yang time ni aku rasa sangat-sangat bahagia.."dia" pon selalu ada kat sisi aku walaupon kadang-kadang tuh ada la kami berbalah tapi aku dapat rasakan yang hubungan kami ni semakin hari semakin rapat..semakin hangat bak kata orang bercinta..hahaha..thanks yaa my Miss Loveseed for everything u've done to me..i really appreciate u and love u lah..

apa-apa pon aku akan cuba untuk update blog aku ni sekerap yang mungkin kalau ada tak hal yang menghalang..tak dak aral melintang..insyaAllah..

Sifat wanita yang disukai oleh lelaki

Keibuan
Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan yakni lemah lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yang keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika tengah2 stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Nanti jadi kes buang anak lagi sal mahu tonjolkan sifat keibuan kunu. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing2.
Keanak-anakkan
Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Sudah tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yang membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah malah lebih senang. Lelaki mana tidak senang jika terhibur dengan gaya wanita yang manja mengharapkan perhatian, bukan manja yang gedik, hoho~
Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yg tepat utk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yg berpengertian tidak terus mengeluarkan kata2 yg kasar atau menuduh bukan2 dan membuat keputusan terus-menerus tanpa berfikir sebaliknya cuba mengerti dan berbincang dengan penuh hikmah pokok pangkal persoalannya.
Menghargai
Wanita yang tahu menghargai lelaki merupakan wanita idaman setiap lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki pula suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga biarpun hakikat hanya untuk mata si wanita itu sahaja, gaga~.
Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia  mudah senyum,  meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yang menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yg tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??
Pandai berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik yang disukai berbeza, tetapi wanita tersebut dapat mengimbanginya dengan baik. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan memberi pendapat yang bernas. Dia juga dapat menjadi pendengar yang baik, serta bijak mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang menarik. Selain itu, lelaki mudah tertarik dengan wanita yang pandai bergurau dan pandai berjenaka serta dapat menerima juga jenaka lelaki dan berfikiran terbuka.
Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.
Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yang susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Sifat ini juga menyerlahkan lagi kewanitaannya dan bagi lelaki2 yang melihatnya pasti sejuk hatinya.
Pasti banyak lagi sikap-sikap wanita yang disukai oleh lelaki. Ini cuma sebahagian sahaja. Seperti yang utama lah kononnya, hehe. Anyway, ini bukan berdasarkan sikap yang disukai oleh gue, yang penting, memang kebanyakkan lelaki mengingini sikap sebegini rupa. So, para wanita? Well, well wishing well, anda tahu selebihnya tentang dirimu