20 March 2011

Damailah kamu kat sana..Wan

pukul 1026 tadi aku dapat shocking news. mama normah(mak ngah aku) called tanya aku nak balik Kedah dak..dengaq memang macam best tapi esok aku ada exam tak boleh la nak ikot. kan best kalau tak exam esok. pastu aku tanya la depa nak balik wat apa then dia cakap tok wan aku dah tak dak dah..

what??????..Tok Mat dah meninggal?.. time tu aku dah rasa len macam. awat tak dak sapa pon dari family aku yang call aku bagitau benda ni..pasaipa aku tau benda ni dari mak ngah aku.. mak ngah sebelah mak plak tu.. tok wan yang meninggal ni sebelah abah aku.. terus aku call mak nak dapatkan kepastian. tak angkatlah pulak. aku call abah aku, adik aku yang jawab. dia cakap abah aku tengah setelkan urusan tok wan aku. terus aku cakap dengan mak aku. aku tanya dia awat tak angkat tepon, alasan yang sama tiap kali aku tepon dia tak angkat, "tak dengaq bunyi tepon". dah agak dah.

pagi tadi lepas aku balik dari qiamullail (bek kan aku..hahaha..aku pon tak tau tok sheikh mana yang masok badan aku ni), aku call mak aku 3 kali sebab nak bagitau dia esok aku exam. nak amik berkat la sebab setiap kali nak exam memang aku inform dia. i bet suma student akan wat cam tu kecuali anak yatim piatu la, depa tak call parents depa call penjaga. dah bila tak angkat tu tak pa la.. satni tepon len lah.. rasanya pi bergosip la tu mak aku tuh.. rupanya tok wan aku dah tak dak..

bila dapat shocking news tu aku try la call Puan Rohaya, our class moderator. nak tanya la kot-kot dia nak bagi aku exception tak yah masok exam untuk aku balik kampung tengok wan aku for the very last time. pon tak angkat!!! aduhhh.. pi mana ja la hampa nih.. time tu aku dah redha dah kalau aku tak boleh balik pun sebab jauh kot Kedah.. untuk aku sampai  KL sebelum exam esok bukanlah satu yang mustahil untuk aku tapi lebih suka untuk tidak ambik risiko. balik dalam keadaan kelam kabut risiko untuk "apa-apa pon boleh jadi" lebih tinggi.

so aku amik keputusan stay dekat KL walaupon aku agak sebak sebab tak dapat balik jenguk wan untuk kali terakhir.. hemmm.. pukul 1341 tadi Puan Rohaya call aku balik tanya macam mana. aku cakap la aku tak jadi balik.. tup-tup Hana(bukan Hana Tajima) call aku cakap to'ki dia pon dah meninggal ari ni.. macam berjanji pulak dua orang ni. hemm.. apa-apa pun yang jadi, to Hana(bukan Hana Tajima) sabaq banyak-banyak. ni suma dugaan untuk kita okay. be strong. we face this together. aminn

19 March 2011

Layan lagi..


Dari pandangan aku
masih kita usaha
berpaut dengan rantai rasa cinta
Ku tak mahu binasa
biar kita selalu
berpaut dengan rantai rasa cinta….
Usah kau cuba lari-lari
usah kau lari ku bahagia
Usah kau cuba tuk menangis
usah kau nangis ku bahagia..
kau pasti menungguku..
ku juga begitu..
berpaut dengan rantai rasa cinta..
Usah kau cuba lari-lari
usah kau lari ku bahagia
Usah kau cuba tuk menangis
usah kau nangis ku bahagia..

memang layan lagu nih..dengaq sebelom tidoq memang masyukkk..

p/s: lirik lagu ni aku terpaksa terbalikkan sebab video ni Noh nyanyi terbalik..untuk versi yang betul klik kat sini ("_,)

12 March 2011

Keluaq mulut Naga, masuk mulut Boya

aduuuuhhhh......
hemmmm........
huuuuuu.........
haiishhhhhh....
memang nak mengeluh sakan la gamaknya.. tapi bila pikiaq balik lawak pun ada. dayyummmn!


baru ja dok kata nak berehat lepas setahun pegang jawatan, dah kena jadi benda lain pulak dah. dah nasib badan, terima ja la dengan redha. hampa pun tau kan yang aku baru letak jawatan daripada jadi Presiden. tup tup aku kena jadi ketua kelas pulak dah sebab our ex-class representative jadi exco MPP pulak dah. to Mr. Chiqieznu, thank you very much for making my life became miserable after I got out from another miserable problem. i like it so much ^-^.


mesti ampa agak lepas jadi Presiden mesti tak dak hal lah nak jadi ketua kelas pulak. no way. aku dah cakap kan. I'm not born to be a leader dan aku tak pandai dalam hal-hal nih. so jangan marah aku nanti kalau aku tak pandai buat kerja okay. jangan hampa nak kutuk-kutuk aku, kondem-kondem aku pulak nanti. aku akan cuba jadi ketua kelas yang baik dan buat kerja walaupun aku ni jenis pemalas sikit dan aku mintak maap la yee kalau ada certain things tu aku terlupa hehehe..


p/s: hope masa cepat berlalu and wash away those things yang menyerabaikan kepala hotak aku. peace no war ("_,)

06 March 2011

Aku sudah bebas bahhh...

Bismillah..
1st sekali aku nak ucapkan syukur Alhamdulillah dekat Allah sebab Dia dah bagi aku masa setahun untuk rasa macam mana jadi seorang Presiden dan aku mengaku kalau hampa semua kata aku tak pandai buat kerja dan aku jugak mengaku kalau hampa kata aku tak reti guna kuasa yang aku ada.


memang...memang aku tak pandai dalam bab leadership because i'm not born to be a college's presiden dan aku jugak tak dak baju yang printed "10 things I love about leadership" macam yang aku pernah tengok salah seorang kawan aku pakai tapi aku jugak nak mengaku yang he sucks hahahaha.


peluang tu dah bolehkan aku tau sikit sebanyak untuk menjadi seorang ketua and something very basic to be a leader ialah tak boleh lembut hati!!!. sebab apa? sebab nanti orang tak kan dengaq cakap hampa dan aku mengaku aku memang sangat tidak garang. kepada semua AJK PUSNA 2010/2011, aku nak ucap trimas banyak-banyak sebab jadi AJK yang sangat happening sampai kadang-kadang aku pon pening.


dekat Aiman, ShireenAreena, Nina, Ama, Basya, Yibbit, Hafiz, Wan, Fahrin, Maryamul, Shariaraz, Shazwani, Yun, Nitra, Zaharah, you all memang sempoi. tak lupa dekat Miss Hana Loveseed yang memang banyak support aku. I love U lah and u all love jugak.


dekat Mak Ayah aku pon tak lupa jugak sebab depa yang banyak support kewangan aku time aku jadi presiden sebab memang banyak benda perlukan duit zaman sekarang ni. ("_,)




muka-muka PUSNA tengah bergambar ngan Cik Zam(mantan pengetua kolej). ada lagi muka yang tak dak ni. gemuk kiri sekali tu bukan AJK pon. nyibok ja nak ikot sebab nak tgk junior baru. miang.
p/s: serius jadi Presiden tak best dan good luck dekat Abe Min sebab dah jadi presiden baru.

03 March 2011

Orang gila simbah asid!!

yang ni memang aku tak puas hati gila babeng. tajuk kat atas tu ampa dah boleh agak dah kan apa yang dah jadi tapi bukan aku yang kena. kawan sekelas aku! pompuan plak tuh! aku tak dak kat situ tapi apa yang aku dengar ni memang yang original story direct told by witness merangkap budak kelas aku jugak yang memang ada sekali dengan mangsa time tuh.


cerita dia macam ni, budak-budak pompuan kelas aku ni memang suka pi joging kat tasik titiwangsa time petang lepas balik dari kelas. lagipon "hostel" kami memang dekat dengan tasik titiwangsa. ada la dalam 6-7 orang yang pi berjalan kaki ja ke tasik tuh. on the way nak p ke sana, maybe wrong time and wrong date, tetiba  ntah dari mana mai sekor mamat ni, nek moto laju terus simbah asid dekat depa pastu terus blah laju-laju. just who the hell that fucking retard bastard yang memang tak dak sivik+bangang nak mampoih+celaka tuh. apa motif dia?


part yang bestnya, dalam ramai-ramai kawan yang dekat situ, sorang pon tak tengok nombor plat motor sebab masing-masing dok kalut dengan member aku yang terkena asid tuh. nasib baik ada auntie kt situ tengah siram pokok bunga. depa pon mintak tolong auntie tu siramkan air kat tempat yang terkena asid untuk langkah awal nak elak luka jadi lagi teruk. then depa call ambulans mai amik bebudak yang kena asid.


masa tu aku tengah main bola dengan budak-budak laki kelas aku. waktu balik baru aku check handphone and aku perasan ada sms Hana bagitau yang miza, yana, dengan mau kena simbah dengan asid. aku pon siap-siap la nak pi hospital tengok depa. masa aku sampai kt HKL, depa dalam bilik treatment zon kuning dan tak dak orang boleh masuk tengok. ramai jugak la kawan-kawan yang lain mai nak bagi moral support kat mangsa tapi suma pakat dok melangut kat luaq sebab tak leh masok dalam. lepas tunggu lama sikit depa cakap condition bebudak yang kena tu dah ok sikit sebab dah mandi ngan dah cuci luka pa suma tu tapi tak leh discharge lagi sebab kena tunggu team surgikal inspect depa dulu. miza paling kesian sekali sebab asid tu kena kat mata dia tapi alhamdulillah, tak dak apa-apa yang teruk jadi. mata dia pon ok. siap boleh angkat peace lagi masa tangkap gambaq.


report polis pon dah dibuat tapi agak tak lengkap la sebab tak dak sapa yang nampak no plat tu kan. rupa-rupanya memang banyak kes simbah asid sejak kebelakangan ni. dekat brickfields pon ada kes. dekat bangsar cikgu sekolah kena. memang sial betoi la orang yang wat keja jahanam ni. lembu pon xbuat la kerja-kerja cilanat cam ni. huh!!!


apa-apa pun aku doakan miza, yana dengan mau cepat sembuh. sama-sama la kita doa supaya Allah tunjuk dekat orang yang tak dak hati perut tu hidayah dan petunjuk. walaupun berlainan BANGSA. aku tak mau cakap la binatang tu bangsa apa sebab aku ni bukan racist tapi bila dah jadi macam ni, aku agak bengang jugak la sebab bebudak pompuan tu dah la innocent. tak ke bengang deme tu bila jadi cam ni. aku respect la kat depa sebab even benda dah jadi teruk  cam ni pon depa still boleh positive thinking. salute ahh..


ni dia gambaq bebudak tu yang sempat lagi dok posing maut,,,,


mau yang control ayu time pak polisi tangkap gambaq bukti

yeahhh!!!! peace miza..peace hahaha


tengok tuh..sempat lagi dia nih..pantang tengok kamera even time sakit pon

hahaha..yang ni kena censor skit sebab tuan punya badan malu-malu rimau xpakai tudung

p/s: kalau aku dapat mamat yang wat keja ni, memang aku bogelkan dia pastu ikat kaki dia kat lori then seret kat bulatan pahang 40 kali. pastu tuang asid kat luka dengan tutttt dia. baru dia tau.