20 February 2011

Bingkisan cinta buat bakal Isteriku

"wahai isterku,
izinkanlah bakal suamimu ini menyampaikan sedikit kata-kata yang mugkin berguna untuk kita melayari kehidupan rumah tangga kelak.


isteriku,
jadilah isteri yang taat. jagalah kehormatanmu sebagai seorang isteri ke mana sahaja kakimu melangkah. janganlah sesekali membelakangiku dalam membuat keputusan, kerana kita bakal berkongsi kehidupan yang sama. taatlah padaku selagi aku tidak membawa dirimu ke arah kesesatan dan kekufuran.


isteriku,
apa yang ada pada diriku hari ini, terimalah seadanya. aku juga akan menerima dirimu walaupun mungkin ada kecacatan, kerana aku sedar, kita sebagai manusia tiada yang sempurna. andai suatu hari nanti aku ditimpa kesusahan, bersiap sedialah untuk sentiasa di sisiku kerana dirimu amat kuperlukan. dalam sakit, susah dan senang, biar kita hadapinya bersama. perkahwinan ini ku harap akan membawa kita bertemu Yang Maha Pencipta di sana. kau isteriku dunia dan akhirat. semoga Allah merahmati kehidupan kita yang baru bermula ini."


~20/02/2011~

No comments:

Post a Comment