28 February 2011

Speechless!!!

Bismillahirrahmanirrahim

saya..pemegang mohor besar raja-raja melayu..dengan ini..mengishytiharkan bahawa.....

apa yang aku merepek nih. lain yang nak cerita lain plak yang ditaip. pertama sekali aku nak interpretasikan speechless kat atas tuh. bukannya speechless apa pun tapi aku agak terkejut dengan respon mak aku bila aku cerita pasal mak we aku kat dia masa dalam fon tadi. tak pernah aku dengaq suara mak aku excited nak tau pasai bakal menantu dia tuh (insyaAllah). hahaha lawak la mak nih. dulu bukan main lagi marah kalau aku kapel. la ni dah macam tumpang hepi plak bila aku bahagia dengan mak we aku tapi mak mana yang tak suka bila anak dia hepi kan.

alkisah dia macam ni la. aku call  mak aku nak tanya khabar dia. lagipun aku nak bagitau jugak yang aku ada exam esok. nak la dia doakan aku sebab doa mak ni kan mustajab. lepas tu aku pon cerita la kat mak aku yang aku keluaq ngan Hana pi Pahang sekali dengan Kak Ngah ari sabtu lepas. yang bestnya dia pulak yang beria-ia nak jumpa ngan Hana lepas ni. aku berani bet la,, malam ni dia mesti call Kak Ngah. nak bergosip pasal aku la tuh. hahaha. tapi cek ingat pesan mak, "lagi hang dengan dia tak qeja, jangan dok gatai nak menikah naa". orait madam. (-,-)V

No comments:

Post a Comment